Social Icons

Featured Posts

Pemberitahuan (Realtime) KPM

Perkhemahan Unit Beruniform 2016

Program Anjakan PPDa

Majlis Solat Hajat & Yasiin Perdana / Sembahyang Khas UPSR 2016

Tuesday 12 April 2016

Permuafakatan PIBG PraSekolah SKBB 2016

Program Gotong Royong Ibubapa dan Guru PraSekolah SKBB pada 9 April 2016 (Sabtu)


Saturday 21 November 2015



Majlis Anugerah Cemerlang 2015...tahniah semua murid yang berjaya, yang belum, usaha lagi tahun depan ya...

Thursday 5 November 2015

TENDER KANTIN SK BUKIT BALACON 2016-2017

KEPADA YANG BERMINAT DAN MEMENUHI SYARAT, SILA MUATTURUN BORANG DAN MENGISI BORANG PENGESAHAN MUATTURUN BORANG.

Tuesday 3 November 2015

TENDER KANTIN 2016

DIJEMPUT SESIAPA BERMINAT UNTUK MENGUSAHAKAN KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON SESI 2016-2018 BOLEHLAH MENGAMBIL BORANG DI PEJABAT SEKOLAH WAKTU PEJABAT 7.30AM-3.30PM

Sejarah SKBB

PENUBUHAN DAN PENGASAS SEKOLAH

Pada mulanya anak-anak orang kampung Ulu Segama bersekolah di sekolah St Anglican Mission English Primary School, sekolah ini dibina oleh Anglican Mission pada 8.1.1962.

Oleh kerana tanah orang kampung di sini berhampiran dengan Sungai Segama, kampung ini sering dilanda banjir. Air sungai sedalam 8-9 telah menenggelami rumah dan tanah orang-orang kampung di Ulu Segama ini, banjir ini adalah merupakan banjir besar yang melanda kampung ini, keadaan ini berlarutan selama seminggu dan kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah.

Kerajaan Negeri Sabah telah memindahkan para penduduk di kawasan ini ke Tanah Penempatan Silabukan Lahad Datu pada 1968, dan sekolah ini juga turut ditinggalkan.

Empat tahun kemudian, disebabkan keaadan yang berubah-ubah dan perasaan ingin balik ke tempat asal, maka sepertiga penduduk yang ditempatkan di Rancangan Silabukan ini telah kembali ke kampung mereka di Ulu Segama.

Sekolah ini dibina pada 18.4.1977 dan dikenali sebagai SRK Bukit Balacon Lahad Datu, pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di St Anglican Mission English Primary School, kemudian apabila bangunan baru siap di bina pada 4.1.1983, maka SRK Bukit Balacon telah berpindah ke bangunan baru.

Pengasas sekolah ini ialah ahli-ahli jawatan kuasa Kemajuan kampung(AJKK) yang terdiri daripada Ketua Kampung dan orang perseorangan, Mantan Guru Besar Encik Alan Atit adalah merupakan salah seorang ahlinya. Kemudian para guru dan murid sekolah ini berpindah pula ke bangunan baru yang dibina pada tahun 1985 di tapak yang ada hari ini , dan sekolah ini dikenali sebagai SK Bukit Balacon Lahad Datu.

Guru Besar Sekolah Yang Berkhidmat


1975-1982 EN. MUHAMMAD

1983-1987 EN. ALAN ATIT

1988-1996 EN. ADAMA BABUL

1996-1997 CIK ELIZABERT QUARINUS (PEMANGKU)

1998-1999 EN. RUKKAN MADTARASAN

1999-2000 EN. AMAN RANDOH (PEMANGKU )

2000-2001 EN. ZAINUDDIN AHMAD

2001-2005 EN. ABUL RAHMAN HJ. AG. BAKAR

2006-Mac 2015 PUAN MYNAH HJ. RELAY

April 2015 – sekarang PUAN ZAMALIAH BINTI HJ ABDUL KARIM

 
Blogger Templates