Social Icons

Perkhemahan Unit Beruniform 2016

Program Anjakan PPDa

Majlis Solat Hajat & Yasiin Perdana / Sembahyang Khas UPSR 2016

Wednesday 16 September 2015

PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN SESI 2016

Permohonan kemasukan ke sekolah kawalan ambilan Januari 2016 akan dibuka kepada capaian permohonan pada minggu pertama bulan September 2015

Murid Tahun 6 UPSR 2015 yang berminat boleh membuat permohonan ke Tingkatan 1 sekolah kawalan ambilan Januari 2016 secara ATAS TALIAN, permohonan secara OFFLINE (Isi Borang, hantar) TIDAK akan dilayan!

PERMOHONAN JENIS SEKOLAH KAWALAN 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 
Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) 
Kelas Kawalan/ Kelas Premier 
Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier Kelas Aliran Agama (KAA) 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN 
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melayari sistem borang permohonan online 
Tarikh rasmi permohonan dibuka 1 September 2015 
Tarikh rasmi permohonan ditutup 30 September 2015 
Pautan Aplikasi Sistem Permohonan Online https://public.moe.gov.my 
Info berkaitan, sila layari atau klik judul pautan berikut 
Cara Menggunakan Sistem Pendaftaran Secara Atas Talian (Online) 
Pertanyaan Umum Dan Jawapan (FAQ) Pautan Portal Rasmi http://www.moe.gov.my 
Nota: Calon boleh mendapatkan bantuan dengan merujuk kepada guru kaunseling ataupun guru kelas di sekolah jika menghadapi masalah untuk mengisi segala butiran yang diperlukan dalam sistem permohonan online Peranan ibu bapa amatlah diperlukan dalam membantu anak-anak untuk membuat permohonan Bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sejarah SKBB

PENUBUHAN DAN PENGASAS SEKOLAH

Pada mulanya anak-anak orang kampung Ulu Segama bersekolah di sekolah St Anglican Mission English Primary School, sekolah ini dibina oleh Anglican Mission pada 8.1.1962.

Oleh kerana tanah orang kampung di sini berhampiran dengan Sungai Segama, kampung ini sering dilanda banjir. Air sungai sedalam 8-9 telah menenggelami rumah dan tanah orang-orang kampung di Ulu Segama ini, banjir ini adalah merupakan banjir besar yang melanda kampung ini, keadaan ini berlarutan selama seminggu dan kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah.

Kerajaan Negeri Sabah telah memindahkan para penduduk di kawasan ini ke Tanah Penempatan Silabukan Lahad Datu pada 1968, dan sekolah ini juga turut ditinggalkan.

Empat tahun kemudian, disebabkan keaadan yang berubah-ubah dan perasaan ingin balik ke tempat asal, maka sepertiga penduduk yang ditempatkan di Rancangan Silabukan ini telah kembali ke kampung mereka di Ulu Segama.

Sekolah ini dibina pada 18.4.1977 dan dikenali sebagai SRK Bukit Balacon Lahad Datu, pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di St Anglican Mission English Primary School, kemudian apabila bangunan baru siap di bina pada 4.1.1983, maka SRK Bukit Balacon telah berpindah ke bangunan baru.

Pengasas sekolah ini ialah ahli-ahli jawatan kuasa Kemajuan kampung(AJKK) yang terdiri daripada Ketua Kampung dan orang perseorangan, Mantan Guru Besar Encik Alan Atit adalah merupakan salah seorang ahlinya. Kemudian para guru dan murid sekolah ini berpindah pula ke bangunan baru yang dibina pada tahun 1985 di tapak yang ada hari ini , dan sekolah ini dikenali sebagai SK Bukit Balacon Lahad Datu.

Guru Besar Sekolah Yang Berkhidmat


1975-1982 EN. MUHAMMAD

1983-1987 EN. ALAN ATIT

1988-1996 EN. ADAMA BABUL

1996-1997 CIK ELIZABERT QUARINUS (PEMANGKU)

1998-1999 EN. RUKKAN MADTARASAN

1999-2000 EN. AMAN RANDOH (PEMANGKU )

2000-2001 EN. ZAINUDDIN AHMAD

2001-2005 EN. ABUL RAHMAN HJ. AG. BAKAR

2006-Mac 2015 PUAN MYNAH HJ. RELAY

April 2015 – sekarang PUAN ZAMALIAH BINTI HJ ABDUL KARIM

 
Blogger Templates