Social Icons

Perkhemahan Unit Beruniform 2016

Program Anjakan PPDa

Majlis Solat Hajat & Yasiin Perdana / Sembahyang Khas UPSR 2016

Friday 2 October 2015

PERMOHONAN TINGKATAN 1 SM SAINS 2016..


Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016 Tingkatan 1 Dan 4
. Untuk calon lepasan UPSR dan PT3 tahun 2015 yang berkelayakan dan berminat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2016 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4permohonan kemasukan ke SBP akan di buka pada Oktober dan Disember 2015 nanti.


Permohonan kemasukan ke SBP 2016 masih belum diumumkan lagi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi seperti kebiasaan menurut tahun-tahun lepas,permohonan SBP di jangka di buka pada tarikh berikut :-
  1. Permohonan ke SBP Tingkatan 1 (Satu) - 1 Oktober 2015 hingga 30 Oktober 2015
  2. Permohonan ke SBP Tingkatan 4 (Empat) - 1 Disember 2015 hingga 30 Disember 2015
Tarikh permohonan di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa
Sila layari laman web http://public.moe.gov.my/ atau KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini.

Permohonan Kemasukan 2016 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di MalaysiaAnda boleh semak di SINI

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPETIK DARI LAMAN WEB KPM


  1. Permohonan hanya boleh di buat secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) SBP

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Murid Sekolah Kebangsaan;
  3. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
  • Murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakilinegeri ke peringkat kebangsaan.
  • Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar)mendapat sekurang-kurangnya    3A 2B dalam UPSR dan
  1. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4) SBP

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
  3. Kelayakan akademik keputusan PT3 seperti berikut :-
  • Memperoleh 7A atau 6A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2014. 
  • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
  • Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan ; dan
  1. Aktif dalam kokurikulum

TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI SYARAT - SYARAT SEPERTI BERIKUT:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
Info SM Sain Labuan

No comments:

Post a Comment

Sejarah SKBB

PENUBUHAN DAN PENGASAS SEKOLAH

Pada mulanya anak-anak orang kampung Ulu Segama bersekolah di sekolah St Anglican Mission English Primary School, sekolah ini dibina oleh Anglican Mission pada 8.1.1962.

Oleh kerana tanah orang kampung di sini berhampiran dengan Sungai Segama, kampung ini sering dilanda banjir. Air sungai sedalam 8-9 telah menenggelami rumah dan tanah orang-orang kampung di Ulu Segama ini, banjir ini adalah merupakan banjir besar yang melanda kampung ini, keadaan ini berlarutan selama seminggu dan kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah.

Kerajaan Negeri Sabah telah memindahkan para penduduk di kawasan ini ke Tanah Penempatan Silabukan Lahad Datu pada 1968, dan sekolah ini juga turut ditinggalkan.

Empat tahun kemudian, disebabkan keaadan yang berubah-ubah dan perasaan ingin balik ke tempat asal, maka sepertiga penduduk yang ditempatkan di Rancangan Silabukan ini telah kembali ke kampung mereka di Ulu Segama.

Sekolah ini dibina pada 18.4.1977 dan dikenali sebagai SRK Bukit Balacon Lahad Datu, pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di St Anglican Mission English Primary School, kemudian apabila bangunan baru siap di bina pada 4.1.1983, maka SRK Bukit Balacon telah berpindah ke bangunan baru.

Pengasas sekolah ini ialah ahli-ahli jawatan kuasa Kemajuan kampung(AJKK) yang terdiri daripada Ketua Kampung dan orang perseorangan, Mantan Guru Besar Encik Alan Atit adalah merupakan salah seorang ahlinya. Kemudian para guru dan murid sekolah ini berpindah pula ke bangunan baru yang dibina pada tahun 1985 di tapak yang ada hari ini , dan sekolah ini dikenali sebagai SK Bukit Balacon Lahad Datu.

Guru Besar Sekolah Yang Berkhidmat


1975-1982 EN. MUHAMMAD

1983-1987 EN. ALAN ATIT

1988-1996 EN. ADAMA BABUL

1996-1997 CIK ELIZABERT QUARINUS (PEMANGKU)

1998-1999 EN. RUKKAN MADTARASAN

1999-2000 EN. AMAN RANDOH (PEMANGKU )

2000-2001 EN. ZAINUDDIN AHMAD

2001-2005 EN. ABUL RAHMAN HJ. AG. BAKAR

2006-Mac 2015 PUAN MYNAH HJ. RELAY

April 2015 – sekarang PUAN ZAMALIAH BINTI HJ ABDUL KARIM

 
Blogger Templates